IPOH: Kesemua mangsa tragedi helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, semalam akan diberi penghormatan terakhir mengikut istiadat rasmi TLDM di Kem 23 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) di sini, sebaik selesai proses bedah siasat.
Difahamkan selepas itu, jenazah dan jasad kesemua mangsa akan dibawa ke destinasi pengebumian di negeri masing-masing seperti dimohon waris.
Jenazah terdiri daripada Pegawai Waran II TNL Noorfarahimi Mohd Saedy, Bintara Muda TNL Noor Rahiza Anuar, Komander Muhammad Firdaus Ramli dan Komander Muhamad Amir Mohamad.
Jenazah empat lagi ialah Leftenan Komander Wan Rezaudeen Kamal Wan Zainal Abidin, Leftenan Komander Mohammad Amirulfaris Mohamad Marzukhi, Pegawai Waran II TLR (AQM) Muhammad Faisol Tamadun dan Pegawai Waran II TMK Mohd Shahrizan Mohd Termizi.
Sementara jasad mendiang Leftenan Sivasutan Thanjappan akan dibawa ke Kampung Serdang Sitiawan manakala Laskar Kelas I JJM Joanna Felicia Rohna akan diterbangkan ke Serian, Sarawak.
Setakat ini, proses bedah siasat ke atas kesemua mangsa masih berjalan dan dijangka selesai kira-kira 3 petang ini.
Semalam kesemua mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh untuk proses bedah siasat.
Dalam kejadian 9.32 pagi semalam 10 anggota dan pegawai TLDM maut dalam tragedi dua helikopter terhempas ketika sedang menjalani raptai lintas hormat sempena sambutan Ulang Tahun Hari Terbuka TLDM ke-90 di Pangkalan TLDM Lumut.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 24 2024
Kesemua mangsa helikopter terhempas di Lumut semalam diberi penghormatan terakhir mengikut istiadat rasmi TLDM di Kem 23 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD). - Gambar/ Sinar Harian
Presiden Kazakhstan nyatakan kesediaan tingkatkan interaksi, kerjasama dengan Malaysia
Presiden Kazakhstan Kassym-Jomart Tokayev menyatakan kesediaan negaranya untuk meningkatkan interaksi dan kerjasama dengan Malaysia semasa lawatan rasmi Perdana Menteri ke ibu negara Astana.
Reddit, OpenAI umum kerjasama, kandungan akan diintegrasikan dalam ChatGPT
Dalam pengumuman kerjasama ini, Reddit menjelaskan yang data-data dan kandungan merekan akan diintegrasikan ke dalam ChatGPT. Dengan
[TERKINI] Serang balai polis: Dua polis maut, seorang cedera ditembak dan ditetak
Dalam serangan awal pagi Jumaat di Balai Polis Ulu Tiram, Johor Bahru, dua anggota polis telah maut manakala seorang lagi cedera akibat ditembak dan ditetak oleh seorang lelaki yang disyaki. Suspek turut maut dalam kejadian jam 2.54 pagi tersebut. Ketua Polis Johor, Komisioner M. Kumar, mengesahkan insiden itu. Anggota polis yang cedera dibawa ke Hospital Sultan Ismail (HSI) untuk rawatan lanjut, sementara yang maut dibawa untuk proses bedah siasat. Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, sedang dalam perjalanan ke lokasi kejadian.
Selepas 16 tahun, Onew bakal ke Malaysia 27 Julai
Pementasan Guess! Onew Fanmeeting 2024 In Malaysia akan berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor.
Inflasi keseluruhan dijangka kekal sederhana pada 2.0-3.5 peratus tahun ini - BNM
Inflasi keseluruhan dan inflasi teras dijangka kekal sederhana tahun ini, masing-masing antara 2.0 peratus hingga 3.5 peratus dan antara 2.0 peratus hingga 3.0 peratus pada 2024.
Hari Guru: Tablet percuma untuk murid dan guru - Zahid
Ahmad Zahid berkata bajet pada tahun hadapan akan ditambah untuk pembelian perkakasan bagi melaksanakan kaedah pembelajaran melalui sistem digital.
4 lagi wartawan terbunuh dalam serangan Israel di Gaza
Empat lagi wartawan Palestin terbunuh dalam serangan terbaru Israel di Gaza menjadikan jumlah korban pengamal media kepada 147 orang.
Majikan tipu pekerja asing di Pengerang gagal bayar tunggakan gaji, berdepan pendakwaan
Majikan yang didakwa melakukan penipuan terhadap pekerja asing di Pengerang, Johor, didapati masih tidak membuat sebarang pembayaran gaji.
MediaTek umum cip Dimensity 8250 dengan teknologi 4nm
Dimensity 8250 dilengkapi lapan teras CPU dengan konfigurasi 1 x Arm Cortex-A78 3.1GHz, 3 x Arm Cortex-A78 3.0GHz dan 4 x Arm Cortex-A55 2.0GHz.
Xi, Putin hadir rasmikan Tahun Budaya China-Rusia
Xi berkata hubungan China-Rusia dalam tiga perempat abad lalu memperlihatkan pengukuhan dan pengembangan persahabatan sesama jiran.
Nahas helikopter Lumut: Kesemua mangsa diberikan penghormatan terakhir ikut istiadat TLDM
Kesemua mangsa tragedi helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, semalam akan diberi penghormatan terakhir mengikut istiadat rasmi TLDM.